Wednesday, April 02, 2008

Testing...testing..testing.



Bismillahirrahmanirraheem.


Alhamdulillah wassolatuwassalam alaarosulillah


Masuk ni, dah tiga kali buat cubaan menulis kat blog ni, tapi, hilang macam tu je. Penat la macam ni. Dah la memang bukan senang nak gerakkan jari jemari ni untuk menaip. Isk...isk.


Pejam celik, pejam celik dah bulan April. Yuhuuu!!! Tak sabarnya, nak tunggu bulan july pule. Ahaks. Tak sabar sebab umi nak datang lagi dan insyaAllah, nak berkelana di mesir bumi anbiya' selama 3 minggu. Sape nak join? Haha, setakat ni, dah ade 4 orang ahli kelana mesir ni. Huhu. InsyaAllah, jadilah harap-harapnya. 2 minggu lepas pergi Itali. Tapi, sempat pergi Venizia dan Milano je. Yelah, sian pula kat umi, kalau nak cover sume tempat kat itali tu.
Hm, life must goes on, and i can't wait to go home for good this August insyaAllah. To all malaysians out there, just wait for me okay! I can't wait to give my sincere service to all of you, insyaAllah. Chehwah. Macam politician la pulok. Hahah. Seriesly, tak sabar nak berkhidmat kepada masyarakat, khususnya, orang kampung aku dan yang berdekatan dengannya. Dah penat dok melayan kerenah orang Irish ni, yang tak habis2 dengan habit minum arak berbotol-botol itu, pastu masuk hospital nak detox. Ape kes? Heeee, geram tul. Tapi kan, dengar cerite, orang melayu pun dah banyak yang minum arak ni, especially budak2 mude. Isy, ape nak jadi ni. Macammanela aku nak berhadapan dengan dorang-dorang ni. Dahla aku nak specialize dalam perbidanan dan sakit puan, mesti akan jumpe banyak kes seks rambang dan ibu tunggal ni. Isk, susah ni. Kene jadi neutral and at the same time kene berdakwah. Well, kat sini pun, aku dah start sket2 dah, berdakwah ikut cara aku la kan.
Ade sorang patient tu datang dengan depression, seperti biase, kat sini, sume kene review by medical dulu. So, aku ape lagi, tanye la die, apesal nak depress2 ni, and so on. Pastu, patient tu pon jenis yang kaki borak, die pon layan la soalan2 aku tu. Aku tanye die belief in religion tak, die kate tak sangat. die kate, die rase bible tu buatan manusia. Aku kate, ha'ah aku pon rase macam tu, hahaha, tapi, aku kate, hanya Quran je tak. Die pakat gelak cakap aku bias. hahahha, aku pedulik ape. Banyak lagi la aku borak ngan die, tapi biaselah orang depress ni kan, bukan boleh layan sangat. Lagipun, die bukan jenis yang senang nak terima apa orang cakap. Tak kesahla kan, yang penting aku dah sampaikan, insyaAllah, satu hari nanti, terbuke lah hati dia untuk memikirkan dan menerima ape yang aku cakap.
Huh, dah terlebih melalut pule ni, anyways, patient tu ade cakap kat aku, nak tahu tak, orang irish ni buruk perangainya, suke bermuke-muke, depan cakap lain (mulut manis bukan main), belakang kutuk-kutuk. Hm, aku memang dah lame perasan pon. Tapi tak kesahla, asalkan aku tak dengar, aku pedulik ape kan. Daripada orang itali yang kasar gilos dan tak bersopan-santun langsung tu, aku prefer orang irish. At least tak sakit hati dibuatnye. Heheh.
Okeh, hope this one tak hilang insyaAllah, hingga menaip lagi, wassalam.
p/s: gambar di atas adalah lanskap di sekitar Giant causeway, belfast. Subhanallah, MasyaAllah, Allahu Akbar.

0 comments: