Monday, January 05, 2009

Palestine, oh Palestine...

Hari ini, waktu ini, saat ini, semakin ramai umat Islam di Palestine dibunuh dan diganyang oleh tentera zionis la'natullah.

Dan aku? Kita? Rakyat Malaysia? Dunia? Hanya melihat, membisu seolah tiada apa. Seolah yang berlaku adalah lumrah alam seperti singa-singa garang yang membunuh segerombolan kuda belang di padang safari Afrika.

Lagi sedih, ada yang lansung tidak endah barang sebelah mata jua, malah, terlalu leka dan asyik menyambut tahun baru masehi sehingga melampaui batas-batas moral dan agama seperti parti 'se*s' yang berlaku di selatan Malaysia di ambang tahun baru 2009.

Bagi kita yang berada di kejauhan, dan terdetik kesedaran dan keinginan untuk menolong saudara kita di Palestine, marilah kita kirimkan do'a di setiap usai solat fardhu dan qunut nazilah di waktu subuh dan marilah kita bacakan surah yassin dan surah2 lain seperti surah al-fath ayat 48 dan marilah kita menunaikan solat hajat agar Allah menurunkan tenteraNya untuk menghancurkan para musyrikin zionis la'natullah itu. Amiiinnn ya Rabbal A'lamiiinnn.

Banyak sebenarnya yang kita boleh lakukan. Jadi, usah mengeluh sahaja. Marilah lakukan apa yang terdaya jika kita masih mengaku sebagai umat Islam, umat Nabi Muhammad, kerana sesungguhnya semua umat Islam itu bersaudara.

Terkenang sahabatku Mai. Bagaimanakah keadaannya? Ya Allah, selamatkanlah umat Islam di Palestine. Selamatkanlah sahabatku Mai dan keluarganya. Amiiiinnnn.

Friday, July 11, 2008

My heart is crying...

Bismillahirrahmanirraheem

Alhamdulillahwassolatuwassalam a'larosulillah

As the title suggest, im feeling down and gloomy at the moment. Weirdly, i tried to cry, but i couldn't. Its weird, because im actually very good in crying especially after watching the korean drama series. The sadness feeling inside me somehow gives me an aching feeling, Yeah, my heart is aching, but with no specific point of pain or tenderness. Oh my god, please give me the strength to overcome this burden of overwhelming sadness. Actually, this whole 'ache'ness started after i went through all the cards and pictures from the past, while packing my stuff and suddenly, all the memories reappear which makes my heart suddenly feels heavy and wanted to cry. But as i said before, not even one drop of tear came out. Weird eh? I wonder, what kind of feeling is that? Probably, the memory was so back behind in my brain that it couldn't connect with my lacrimation receptors? Huhu, anyways, life must go on. We cannot continuously crying over the past, somehow, at one stage, we must move on. Yeah, i must move on. Oh, so sad.

Goodbye, Ireland. Goodbye, memories.

Monday, June 09, 2008

Penny of my thoughts...

Bismillahirrahmanirraheem


Alhamdulillah wassolatuwassalam a'laarosulillah



Yeay. Dah masuk bulan 6. Tinggal 2 minggu lebih untuk bekerja di roscommon darul terpencil nih. Waduh, tak sabarnye nak balik malaysia. Tak sabar nak bersama mi familia. Can't wait. But, in the meantime, im also can't wait for my trip to egypt this july. Hopefully, everything will be going fine insyaAllah.


Banyak giler mende nak setelkan. Setakat ni, ni tinggal nak dapatkan recommendation letters from all d consultants i've worked with, then submit application for full registration, then make phone calls to claim my tax, waaaaaaaaa, malas tul!


Last week, pegi DID, masyaAllah, excellent. Banyak yang dipelajari dan menginsafkan. Habib Ali yang jadi penceramah pun sangatlah waraq dan penuh berhikmah dalam menyampaikan nasihat dan words of wisdom nya itu. Beliau adalah pensyarah di UIA, dan merupakan bekas murid habib omar di sebuah madrasah di yaman. The whole weekend, we continued kitab 'ayyuhal walad' by Imam Al-Ghazali. I learned a lot from this wisdom advises, but the one that i certainly will remember insyaAllah is this one:


''Live as long as you may, for verily you must die.
Love whoever you wish, for one day you will taste its separation.
And do what you will, you will be rewarded accordingly."


Kata-kata hikmah ni sangatlah membuatkan kita termenung seketika. Betapa, kehidupan kita ni hanya sementara. Dunia yang kita cinta-cintakan sangat ni, akan berpisah dengan kita juga akhirnya. Hanya amalan kita sahaja yang akan menemani kita di dalam kubur yang gelap gelita tu. Oh my, aku memang takut gelap. Kadang-kadang, atau pun selalunya, aku akan pasang lampu masa tidur sebab takut gelap. huhu. I know, dah besar pun nak takut gelap lagi ke. haha, what to do. This is my weakness point. Habib Ali kate, kalau kita banyak buat maksiat kat dunia ni, nanti, maksiat2 dan amalan2 jahat tu akan menemani kita dalam kubur sebagai satu lembaga yang sangat hodoh dan menakutkan. Ya Allah, lindungilah hambaMu ini dari azab kubur dan azab neraka, wana'uzubillah.


Okaylah, ingat lima perkara sebelum lima perkara. Bak kate raihan dalam nasyid tu. Sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.


Wassalam.

Friday, May 16, 2008

Bila Waktu Tlah Berakhir...

Bismillahirrahmaanirraheem
Alhamdulillahwassolaatuwassalamua'larosulillah
Waduhhh, sedih bangat skarang ni. Baru lepas habis tengok drama Bella, menangis tak ingat dunia. Post-Call, balik rumah terus on internet tengok Bella. Waaa, sedihnye dengan 'ending' dia. Tapi, puas hati lah, that is the best way to end the story. Oh my, lepas ni dah tak boleh nak looking forward balik dari kerja untuk tengok bella dah. Aiseh, rindu la plak macam ni. Hahah.
Anyways, sangat suka dengan lagu ending cerita ni, nyanyian opick- Bila waktu tlah berhenti. Sangat sesuai dengan cerita ni, dan 'of course' sangat menyentuh hati. Oh my, what a sad way to start my day. Huhu, maybe i should just sleep after this, to 'qada' my disturbed sleep last night. Sleep in sadness. Huhu, I really suggest this drama to everyone. Its full with 'pengajaran'. :)

Thursday, April 10, 2008

hitam atau putih


apa yang kau buru

mengapa dituju

hitam yang gelap itu


putihkah hitam itu

atau rabunkah mata mu

ataukah yang kelabu itu

hati mu


bukan itu

hitam itu nafsu mu

yang kau warnai sedari dulu


kembalikan putih itu

mewarnai hati mu

jangan ikut nafsu

hitam yang gelap itu







Wednesday, April 02, 2008

Testing...testing..testing.



Bismillahirrahmanirraheem.


Alhamdulillah wassolatuwassalam alaarosulillah


Masuk ni, dah tiga kali buat cubaan menulis kat blog ni, tapi, hilang macam tu je. Penat la macam ni. Dah la memang bukan senang nak gerakkan jari jemari ni untuk menaip. Isk...isk.


Pejam celik, pejam celik dah bulan April. Yuhuuu!!! Tak sabarnya, nak tunggu bulan july pule. Ahaks. Tak sabar sebab umi nak datang lagi dan insyaAllah, nak berkelana di mesir bumi anbiya' selama 3 minggu. Sape nak join? Haha, setakat ni, dah ade 4 orang ahli kelana mesir ni. Huhu. InsyaAllah, jadilah harap-harapnya. 2 minggu lepas pergi Itali. Tapi, sempat pergi Venizia dan Milano je. Yelah, sian pula kat umi, kalau nak cover sume tempat kat itali tu.
Hm, life must goes on, and i can't wait to go home for good this August insyaAllah. To all malaysians out there, just wait for me okay! I can't wait to give my sincere service to all of you, insyaAllah. Chehwah. Macam politician la pulok. Hahah. Seriesly, tak sabar nak berkhidmat kepada masyarakat, khususnya, orang kampung aku dan yang berdekatan dengannya. Dah penat dok melayan kerenah orang Irish ni, yang tak habis2 dengan habit minum arak berbotol-botol itu, pastu masuk hospital nak detox. Ape kes? Heeee, geram tul. Tapi kan, dengar cerite, orang melayu pun dah banyak yang minum arak ni, especially budak2 mude. Isy, ape nak jadi ni. Macammanela aku nak berhadapan dengan dorang-dorang ni. Dahla aku nak specialize dalam perbidanan dan sakit puan, mesti akan jumpe banyak kes seks rambang dan ibu tunggal ni. Isk, susah ni. Kene jadi neutral and at the same time kene berdakwah. Well, kat sini pun, aku dah start sket2 dah, berdakwah ikut cara aku la kan.
Ade sorang patient tu datang dengan depression, seperti biase, kat sini, sume kene review by medical dulu. So, aku ape lagi, tanye la die, apesal nak depress2 ni, and so on. Pastu, patient tu pon jenis yang kaki borak, die pon layan la soalan2 aku tu. Aku tanye die belief in religion tak, die kate tak sangat. die kate, die rase bible tu buatan manusia. Aku kate, ha'ah aku pon rase macam tu, hahaha, tapi, aku kate, hanya Quran je tak. Die pakat gelak cakap aku bias. hahahha, aku pedulik ape. Banyak lagi la aku borak ngan die, tapi biaselah orang depress ni kan, bukan boleh layan sangat. Lagipun, die bukan jenis yang senang nak terima apa orang cakap. Tak kesahla kan, yang penting aku dah sampaikan, insyaAllah, satu hari nanti, terbuke lah hati dia untuk memikirkan dan menerima ape yang aku cakap.
Huh, dah terlebih melalut pule ni, anyways, patient tu ade cakap kat aku, nak tahu tak, orang irish ni buruk perangainya, suke bermuke-muke, depan cakap lain (mulut manis bukan main), belakang kutuk-kutuk. Hm, aku memang dah lame perasan pon. Tapi tak kesahla, asalkan aku tak dengar, aku pedulik ape kan. Daripada orang itali yang kasar gilos dan tak bersopan-santun langsung tu, aku prefer orang irish. At least tak sakit hati dibuatnye. Heheh.
Okeh, hope this one tak hilang insyaAllah, hingga menaip lagi, wassalam.
p/s: gambar di atas adalah lanskap di sekitar Giant causeway, belfast. Subhanallah, MasyaAllah, Allahu Akbar.